Refleksi Pendidikan Seni Visual - Tingkatan 3 cover

Refleksi Pendidikan Seni Visual - Tingkatan 3

Author: Marhanim Binti Abdul Razak, Norliyanti Binti HJ Ithnain

Publisher: Elvino

ISBN: 978-967-18441-4-4

Modul refleksi ini direka untuk merangsang pemikiran pelajar melalui soalan-soalan berkualiti yang merangkumi tiga bahagian utama, iaitu soalan objektif, soalan subjektif dan gerak kerja. Aktiviti gerak kerja yang disediakan dapat mencungkil bakat serta kemahiran murid dalam menterjemahkan imaginasi dan idea secara kreatif dan inovatif. Selain itu, buku ini turut dilengkapi dengan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta aktiviti yang menyokong kemahiran abad ke-21.